CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 8 March 2012

paku di hati...=)

PAKU DI HATI........ . begini kisahnya,... ..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....

Itʼs better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all doubt.. -Abraham Lincoln-

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan..... .
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan..... ..
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti...=)

Tuesday, 17 January 2012

SURAT TREBUKA DARI IBLIS LAKNATULLAH

Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.

Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh datang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'.  Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan. Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga.Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah kepadamu. Engkau seorang yang berjimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM . Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'. Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tidak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia,
Apabila engkau berpuasa, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya. Namun,aku tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali. Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang dirahmati .Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM.......


sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH
ASTAGHFIRULLAHAL A’ZIM……

Rasullullah saw biasanya mengamalkan amalan mencecah(makan) sedikit garam (hujung jari kelingking) sebelum baginda makan. Rasullullah saw bersabda bahawa Allah akan menghindarkan lebih dripada 300 penyakit. melalui amalan ini....

Mengikut teori dan kajian sains..., amalan ini memang ada kelebihan dan rasionalnye..Garam biasa atau garam dapur iaitu natrium klorida terdiri daripada 2 unsur iaitu natrium dan klorin. Unsur klorin tersebut akan menghasilkan sedikit asid hidroklorik yang berfungsi menolong memudahkan penghadaman..
Menurut kajian lagi, amalan ini boleh mencantikkan kulit dengan memberi sinar yang lembut pada kulit..
tapi awas garam berlebihan boleh mendatangkan masalah lain dan meyebabkan kegatalan pada kulit..

sama2lah kita jadikan Rasulullah saw ikutan kite..
Bukankah Rasulullah saw itu ikutan terbaik tanpa perlu diragui lagi...?????



Wednesday, 7 December 2011

pesanan semasa mendengar azan..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan
waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras
dan hanya mimik mukanya yang menahan
kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yang
bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut menghampirinya." Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam
kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa
kita sedang dicabut.Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

jarak dunia dan akhirat seperti memejamkan mata

Jabir bin Abdullah berkata: "Pada suatu hari, sewaktu saya bersama baginda Rasulullah S.A.W. maka tiba2datang seorng lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan berpakaian putih. Lalu dia menghampiri Rasulullah S.A.W dengan berkata


"Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?"
Maka Rasulullah pun berkata, "Dunia ini adalah impian orang yang tidur."


Tanya orang itu lagi, "apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah?" Jawab baginda, "satu kumpulan manusia berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada dalam Neraka sa'ir.


Orang itu bertanya lagi, "Apakah jahannam itu?" Maka Rasulullah berkata, "Jahannam itu adalah balasan bagi mereka yang mencarinya."




Tanya orang itu lagi, "siapakah sebaik-baik umat ini?"
Jawab baginda, "sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah S.W.T."


Tanya orang itu lagi, "bagaimanakah yang dikatakan orang yang taat itu?" Kata Rasulullah, "orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang yang mencari kafilah."


Tanya orang itu lagi, "Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat itu?" Jawab Rasulullah, "hanya sekadar memejamkan mata sahaja."


Jabir melanjutkan ceritanya, "Setelah orang itu pergi, kami tidak pernah melihatnya lagi selepas itu."


Rasulullah bersabda, " Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail A.S, datang depada kamu agar kamu menjauhkan diri dari dunia dan mencintai akhirat."


Kata Rasulullah lagi, "Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci melainkan dunia, bahkan Allah tidak melihatnya sejak menciptanya"



Sunday, 27 November 2011

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA


----- Original Message -----
From: Aish AB
"Sopyan Sorry" wrote:
  
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung- huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam duka cita yang mencekam. Selendangnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun lantas hamil. Setelah anak itu lahir karena malu, langsung saya cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa a.s. berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghardik," Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena
perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut.

Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu kemana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mahu di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, apatah pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa setelah dia beredar, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista tu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh- sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu
menerima kedatangannya.
(Dikutip dari buku 30 kisah teladan).

Dalam hadith Nabi SAW disebutkan, Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 Nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadist yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka
selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat.


orang yang berbudi dan berilmu itu ialah jernih mukanya, lapang dadanya, suci hatinya, lemah lembut perkataannya dan baik segala perbuatannya -Hukamak


Saturday, 13 August 2011

98 langkah menuju syurga..

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan usil dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan
      diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila
      kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
44. Perbanyak silaturrahim;
45. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
46. Bicaralah secukupnya;
47. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
48. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
50. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
51. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
52. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
53. Hormatilah kepada guru dan ulama;
54. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
55. Cintai keluarga Nabi saw;
56. Jangan terlalu banyak hutang;
57. Jangan terlampau mudah berjanji;
58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan
      dunia adalah kehidupan sementara;
59. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
60. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
61. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
63. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
64. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan
dengan kejahatan lagi;
65. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
66. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
67. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu
      pilihan
68. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang
      mendapatkan kesulitan.
69. Jangan melukai hati orang lain;
70. Jangan membiasakan berkata dusta;
71. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan
      kerugian;
72. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
73. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan
      kesungguhan;
74. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
75. Jangan membuka aib orang lain;
76. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang
      yang lebih berprestasi dari kita;
77. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan
      bijaksana;
78. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
79. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
80. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa
     dan negara;
81. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
82. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
83. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
84. Hargai prestasi dan pemberian orang;
85. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
86. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan
      tidak menyenangkan.
87. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-
       norma agama dan kondisi diri kita;
88. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental
      kita menjadi terganggu;
89. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
90. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-
      pandailah untuk melupakan jasa kita;
91. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
      terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
      menyebabkan orang lain terhina;
92. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut
      teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
93. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
94. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh
      keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
95. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar
      kemampuan diri;
96. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.
      Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
97. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan
      setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
98. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya
     dengan memiskinkan orang


YANG PALING PENTING REDHA ALLAH, BILA ALLAH REDHA TIADA APA YANG DAPAT MENGHALANGI...


-----------------
saya tETAP TIdAK pEDULI, aSALkAN saya SEoRANG MusliM, BiAR dIrI SaYa tERkUJUr MaTi, uNTuK ALLAH kEMAtIaN SaYa adalah pAsTi.




Monday, 11 July 2011

petua untuk menjadi cantik..


Anda Nak tahu petua bagi menambahkan kecantikan diri anda wahai kaum wanita.
Cuba lihat panduan di bawah ini :
Petua menjadi lebih cantik dan menarik :-
Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

Bedakilah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Di mana cantiknya seorang muslimah?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. 

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. 

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. 

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 

Kaum wanita harus menyatakan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana menjadikan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan
cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Moga-moga ianya menjadi panduan dan iktibar kepada kaum wanita.InsyaAllah

-----------------
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR,
Teman yang paling akrab ialah AMAL,
Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM,
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM,
Ibadah yang paling indah ialah KHUSYUK....