CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 7 December 2011

pesanan semasa mendengar azan..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan
waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras
dan hanya mimik mukanya yang menahan
kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yang
bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut menghampirinya." Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam
kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa
kita sedang dicabut.Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

jarak dunia dan akhirat seperti memejamkan mata

Jabir bin Abdullah berkata: "Pada suatu hari, sewaktu saya bersama baginda Rasulullah S.A.W. maka tiba2datang seorng lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan berpakaian putih. Lalu dia menghampiri Rasulullah S.A.W dengan berkata


"Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?"
Maka Rasulullah pun berkata, "Dunia ini adalah impian orang yang tidur."


Tanya orang itu lagi, "apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah?" Jawab baginda, "satu kumpulan manusia berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada dalam Neraka sa'ir.


Orang itu bertanya lagi, "Apakah jahannam itu?" Maka Rasulullah berkata, "Jahannam itu adalah balasan bagi mereka yang mencarinya."




Tanya orang itu lagi, "siapakah sebaik-baik umat ini?"
Jawab baginda, "sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah S.W.T."


Tanya orang itu lagi, "bagaimanakah yang dikatakan orang yang taat itu?" Kata Rasulullah, "orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang yang mencari kafilah."


Tanya orang itu lagi, "Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat itu?" Jawab Rasulullah, "hanya sekadar memejamkan mata sahaja."


Jabir melanjutkan ceritanya, "Setelah orang itu pergi, kami tidak pernah melihatnya lagi selepas itu."


Rasulullah bersabda, " Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail A.S, datang depada kamu agar kamu menjauhkan diri dari dunia dan mencintai akhirat."


Kata Rasulullah lagi, "Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci melainkan dunia, bahkan Allah tidak melihatnya sejak menciptanya"